Cultural Park

di Mari-Mari Kionsom, Sabah

MISI TERAS

  • Taman Budaya StoneAgeSpa ialah taman PERTAMA DI DUNIA yang dilengkapi dengan batu-batu “hidup” untuk memberikan pengunjung dari seluruh dunia pengalaman yang membangkitkan semula KEPEKAAN semula jadi mereka serta peluang untuk menikmati hubungan dengan alam semula jadi dan persekitaran, seperti nenek moyang kita dahulu.
  • StoneAgeSpa mendapat ilham daripada amalan budaya zaman batu yang merangkumi evolusi budaya dan sejarah manusia di seluruh dunia sejak lebih daripada 500,000 tahun dahulu. Amalan budaya zaman dahulu ini telah dibahagikan kepada 10 tema yang mudah difahami dan bermanfaat untuk merejuvasi hidup, memanjangkan umur, dan meningkatkan kesihatan fizikal dan rohani.
  • Negeri Sabah di Borneo ialah lokasi unik dengan iklim hutan tropika yang menempatkan Gunung Kinabalu dan hutan Banjaran Crocker yang berusia 260 juta tahun. Ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mempraktikkan amalan rohani dan unik Budaya Purba yang berkait dengan penggunaan Batu, khususnya untuk ketahanan dan kerohanian.

PELBAGAI TEMA

10 set Batu sungai semula jadi telah dipilih berdasarkan bentuk dan fungsinya yang unik. Strukturnya menggambarkan kehidupan harian dan amalan budaya nenek moyang kita di seluruh dunia pada zaman dahulu.

Batu-batu sungai yang semula jadi ini dibahagikan mengikut TEMA yang unik. Selain daripada tenaga vita semula jadinya sendiri, batu-batu ini diperkayakan lagi dengan tenaga Shen-Ion HarmoNIK® dan diprogram untuk menyimpan tenaga vita yang memberikan denyutan lembut yang sesuai untuk semua orang, untuk meningkatkan kesan yang diingini berdasarkan setiap tema.

Tenaga kuantum vita harmonik yang tersimpan dalam setiap batu bertema ini sesuai untuk semua orang dan bermula dari SEPULUH ribu (10,000) qu untuk batu tempat duduk yang kecil hingga LIMA juta (5,000,000) qu untuk batu yang lebih besar.

Sebagai perbandingan, secawan kopi hitam dengan gula mengandungi antara Seratus Lima Puluh (150) qu hingga Dua ratus (200) qu tenaga vita yang menyegarkan, sementara tenaga vita air mineral adalah antara Lapan Puluh (80) hingga Sembilan puluh (90) qu sahaja.

Telefon mudah alih moden yang dipegang di telapak tangan anda menjana EMF (Frekuensi Elektromagnet) yang kuat dan berbahaya dengan julat antara Satu juta (1,000,000) hingga Lima juta (5,000,000) qu. Syarikat telefon mudah alih menyatakan bahawa EMF yang kuat ini tidak membahayakan manusia.

Lantas, tenaga vita harmonik tinggi yang dikeluarkan dari setiap Batu di StoneAgeSpa adalah sesuai untuk orang ramai dan tidak membahayakan pengunjung yang menyentuhnya. Walau bagaimanapun, kami meminta semua pengunjung agar tidak melebihi masa 5 minit di setiap bahagian tema agar mereka dapat menikmati pengalaman ini dan melengkapkan 10 tema StoneAgeSpa & Taman Budaya dalam satu jam.

Batu Kasih Sayang, Hati & Belas Kasihan

Berinspirasikan asas kehidupan kampung yang harmoni dan pembangunan komuniti suku kaum Celt dan Germanik kuno di Eropah dan Utara Great Britain

Baca Lagi

Batu Kuasa Otak & Perangsang Kecerdasan

Inspirasi dari amalan doktor-doktor Cina, Greek, Rom dan Mesir zaman dahulu dalam rawatan keletihan mental dan demensia.

Baca Lagi

Kecergasan & Kesihatan Bahagian Bawah Tubuh

Di-ilhamkan daripada penghormatan batu-batu.

Baca Lagi

Batu Rejuvenasi & Ketahanan

Di-inspirasikan dari amalan Bobohizan Sabah (pawang tempatan), pengamal Taoisme dan guru-guru Zen di China, Korea dan Jepun zaman dahulu.

Baca Lagi

Batu Kekasih & Perkahwinan Bahagia

Di-ilhamkan dari “Lima Batu Keluarga” yang melambangkan keluarga bahagia & unit keluarga yang dirahmati.

Baca Lagi

Batu Kasih Sayang, Kebahagiaan & Kesoronokan

Di-inspirasikan dari keinginan kita untuk mendapatkan kasih sayang, kebahagiaan & keseronokan.

Baca Lagi

Batu Kemakmuran, Kelimpahan & Keberuntungan

Di-inspirasikan HUKUM KEMAKMURAN UNIVERSAL: Apa yang anda fikirkan dan BAYANGKAN adalah APA yang anda akan DAPAT.

Baca Lagi

Air Pembersihan Rohani

Di-ilhamkan dari kolam rohani syurga.

Baca Lagi

Batu Kesuburan & Kuasa Seksual

Di-ilhamkan dari nilai perubatan dan keberkesanan buah durian liar Sabah dalam meningkatkan nafsu seks lelaki dan wanita, kesuburan dan keupayaan untuk memanaskan tubuh mereka.

Baca Lagi

Pokok Pemerkasaan Hidup

Di-inspirasikan amalan dahulu kala ketua-ketua tempatan dan pahlawan-pahlawan di Sabah, New Zealand, Amerika Selatan dan Siberia di Rusia.

Baca Lagi

Mulakan transforms holistic anda hari ini!

Tempah dan dapatkan sesi transformasi anda.

  • +6019-874-8854

Tempah

Sessi:

  • 9:00am – 10:30am
  • 10:00am – 11:30am
  • 11:00am – 12:30pm
  • 12:00pm – 1:30pm
  • 1:00pm – 2:30pm
  • 2:00pm – 3:30pm
  • 3:00pm – 4:30pm

Tempah Sekarang

Yuran Kemasukan

Tiket masuk adalah berdasarkan sesi. Dengan setiap pembelian tiket, anda boleh menggunakan semua tema transformasi dalam tempon sesi tiket tersebut:

AKTIVITI-AKTIVITI

  • Mengikut CERITA RAKYAT, penduduk kampung yang duduk atau berbaring di atas batu besar di sungai kerap mengalami rasa panas dan sensasi sesemut yang kuat pada bahagian jari dan jari kaki, yang membuatkan mereka merasa sihat dan tenang.
  • WALAU BAGAIMANAPUN, dalam beberapa kes yang luar biasa, penduduk kampung yang sakit mengalami rasa pening, sakit kepala dan kadangkala ketidakselesaan pada bahagian badan tertentu.
  • TINDAK BALAS EKSTREM INI DIKATAKAN SEBAGAI TANDA-TANDA DAN SIMPTOM AMARAN AWAL TENTANG ISI-ISU KESIHATAN YANG AKAN DATANG.
  • Pengunjung mungkin mengalami TINDAK BALAS YANG SAMA di StoneAgeSpa. SILA HUBUNGI DOKTOR ANDA BERKAITAN SEBARANG ISU KESIHATAN!
  • Secara umumnya, selepas melengkapkan AKTIVITI selama sejam, pengunjung akan mengalami peningkatan tenaga vita, merasa kurang penat, dan lebih tenang dan gembira. Ramai yang kembali sekali lagi! TANYA TENTANG PAS KONSESI!

SEJARAH BATU-BATU

Nenek moyang kita biasa berjalan kaki ayam di atas batu-batu sungai dan kerap duduk atau berbaring di atas batu-batu sungai yang diketahui memberikan manfaat kesihatan. Mereka kurang kerap mengalami masalah kesihatan degeneratif seperti kita. Malah, ramai yang hidup melebihi 150 tahun.

Hari ini, rawatan REFLEKSOLOGI KAKI dan terapi spa Batu Panas diamalkan secara meluas di seluruh dunia!

Selama beribu-ribu tahun, pengamal Taoisme di China, orang-orang Celt di Britain dan orang asli Amerika Selatan, serta tamadun-tamadun besar lain juga mempunyai budaya batu mereka sendiri, contohnya Stonehenge di Wiltshire, England, batu-batu berdiri di Eropah, Machu Picchu di Peru dan Piramid di Mesir.

AMARAN KESELAMATAN & PENAFIAN

SEMUA PENGUNJUNG yang memasuki dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA diandaikan telah MEMBACA dan MEMAHAMI AMARAN KESELAMATAN & PENAFIAN di bawah

  • AMARAN KHUSUS: SESIAPA DENGAN MASALAH JANTUNG YANG TERUK TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBUKA KASUT APABILA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MANA-MANA AKTIVITI DI STONEAGESPA & TAMAN BUDAYA! TENAGA VITA HARMONIK TINGGI DARI BATU-BATU SEMULA JADI BOLEH MEMPERCEPATKAN DEGUPAN JANTUNG!!!

  • IKUT PERATURAN YANG DINYATAKAN: Pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi arahan Ketua Tapak kami yang diluluskan dan mengambil langkah berjaga-jaga di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA. Kakitangan dan pihak pengurusan kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan yang mungkin berlaku di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA

  • PENAFIAN TENTANG PENAWAR KESIHATAN DAN FUNGSI BATU: Batu-batu bertema di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA ditempatkan di sini untuk

    (i) berkongsi warisan amalan terapeutik budaya dan kesihatan yang diwarisi oleh nenek moyang kita,

    (ii) PENGALAMAN ANDA dan

    (iii) UNTUK DINIKMATI OLEH SEMUA!

    Kami tidak menjanjikan bahawa kesan-kesan batu yang dinyatakan akan dilihat, kerana pelbagai faktor lain juga terlibat. Sebarang manfaat kesihatan khusus yang dinyatakan di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA adalah berdasarkan cerita rakyat dunia dari zaman dahulu dan sebarang manfaat kesihatan yang dinyatakan mungkin tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek. SILA RUJUK DOKTOR PERUBATAN YANG BERTAULIAH BERKAITAN SEBARANG ISU KESIHATAN!

  • LARANGAN MEMANJAT BATU: PENGUNJUNG DINASIHATKAN AGAR TIDAK MEMANJAT BATU-BATU YANG LICIN DI SEPANJANG SUNGAI YANG BERHAMPIRAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEMALANGAN DAN KECEDERAAN. Walaupun kakitangan kami mengawasi keselamatan semua orang, pengunjung DIINGATKAN untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi keselamatan sendiri apabila mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekitar HUTAN ini. PENGUNJUNG yang MENGAMBIL BAHAGIAN dalam AKTIVITI-AKTIVITI di StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA BERBUAT DEMIKIAN ATAS RISIKO SENDIRI!!!

  • NEUTRAL DARI SEGI AGAMA: StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA MENGALU-ALUKAN PENGUNJUNG DARI SELURUH DUNIA untuk MENIKMATI warisan nenek moyang kita, dan BERSERONOK dan BERGEMBIRA! Tema-tema yang digunakan di sini tidak mempunyai sebarang kecenderungan kepada agama atau budaya tertentu. KAMI ADALAH WARGA DUNIA DAN MENGHORMATI SEMUA AGAMA, KEPERCAYAAN DAN BUDAYA!

KETUA PEREKA BENTUK PROJEK

Projek StoneAgeSpa & TAMAN BUDAYA ini telah direka semula dan diselia oleh Tao Grandmaster Jes T Y Lim, sempena hari lahirnya yang ke-77.

Grandmaster Lim, yang dilahirkan di dalam sebuah gua hutan semasa Perang Dunia II, mempunyai keupayaan khusus dalam kepekaan rohani dan alam sekitar, dan memiliki kesedaran yang unik tentang keadaan persekitarannya.

Beliau telah menghabiskan 50 tahun yang lepas melakukan penyelidikan, mempelajari budaya purba daripada guru-guru dan pawang-pawang kampung, menyelidik teks dan amalan purba dalam bidang metafizik, ilmu rohani dan sains alam sekitar, serta ilmu Feng Shui yang mempengaruhi manusia, bangunan dan akupunktur bumi, di lebih daripada 50 negara bermula dari Sabah, Borneo, Asia Utara, New Zealand, Australia, Eropah dan Amerika Selatan. Matlamatnya adalah untuk mereka semula projek batu-batu ikonik daripada budaya purba yang telah lama dilupakan, untuk dinikmati oleh masyarakat moden

Beliau telah meletakkan Batu-batu Penyembuhan Terapeutik, Batu Kekasih & Transformasi Perkahwinan, Batu Kebahagiaan & Keseronokan, Batu Pengaktifan Mata ke-3 & Pengukuhan Intuisi, Batu Kemakmuran dan Kelimpahan, dan Batu Hati di rumah-rumah dan bandar-bandar di Austria, Switzerland, Sepanyol, Hungary, Nepal, Bhutan, India, Sri Lanka, China, Amerika Syarikat dan Mexico.

Untuk maklumat lanjut tentang ketua pereka bentuk projek kami, GOOGLE: Jes T Y Lim